Now Playing 'Zambry jangan hipokrit kepada rakyat'

Pas kawasan Parit Buntar menggesa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak hipokrit kepada rakyat Parlimen Parit Buntar dengan mendakwa wakil rakyat pembangkang gagal membawa pembangunan kepada kawasan itu. Sebaliknya, calon Pas Dun Titi Serong, Abu Bakar Hussain menegaskan rakyat harus menyedari di sebalik kemenangan wakil rakyat parti pembangkang di Parlimen Parit Buntar, kerajaan negeri yang memerintah adalah BN. Abu Bakar turut mempersoalkan keengganan kerajaan BN Perak menyalurkan peruntukan tahunan wakil rakyat kepada wakil rakyat pembangkang yang difahamkan berjumlah RM300,000 setahun bagi Adun dan RM1 juta bagi Parlimen. Laporan MOJO Sinar Harian Perak, Khairil Anwar Mohd Amin.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf