Now Playing Penjara sehari kerana rasuah

SEORANG pemilik syarikat pembinaan dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 selepas mengaku bersalah memberi rasuah kepada seorang pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Dazuki Ali juga memerintahkan tertuduh Tang Chee Koan @ Tang Chee Soon, 68, menjalani hukuman penjara selama enam bulan, jika gagal menjelaskan denda tersebut.
Chee koan mengaku memberi rasuah berjumlah RM1,000 kepada pegawai KPNKK Mohd Faruk Abdul Wahab sebagai dorongan untuk Mohd Faruk tidak mengambil tindakan ke atasnya yang didakwa menyimpan 3,000 liter minyak diesel di premis miliknya tanpa kebenaran di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Perbuatan itu dilakukan olehnya pada jam 7.30 petang, 18 September 2015 di Hong Ming Engineering Work Container, Jalan Besar Ringlet di Cameron Highlands.
LAPORAN: MOJO Sinar Harian Kuantan
NORAWAZNI YUSOF

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf