Now Playing Kuala Selangor hab pelancongan

Kuala Selangor yang cukup terkenal dengan kesan peninggalan sejarah di Bukit Melawati kini berubah wajah menjadi sebuah daerah yang membangun ke arah status perbandaran.

Limpahan pembangunan Lembah Klang membolehkan daerah ini berkembang pesat lebih-lebih lagi cadangan projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lebuhraya Pantai Barat yang akan melalui daerah ini.

Pembangunan rancak di Saujana Utama, Hillpark dan Puncak Alam seiring kemajuan projek Hospital Perubatan UiTM Selangor yang bakal menjadi mercu tanda pintu masuk Kuala Selangor.

Lebih menarik, tumpuan pelancong ketika ini bukan sahaja tertumpu di Bukit Melawati dan Kompleks Pelancongan Kelip-Kelip bahkan kawasan beting pasir yang dikenali ‘sky mirror’.

Tak mengira pelancong dalam negara, bahkan tarikan ‘sky mirror’ yang juga fenomena Salar De Uyuni iaitu pantulan imej seakan-akan cermin sepertimana di negara Bolivia ini hanya berlaku setiap awal tiga hari dan lima hari di penghujung kalendar lunar cina.
 

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf