NAMPAK gayanya Mercedes-Benz Malaysia (MBM) semakin agresif memperkenalkan model baharu sebelum 2018 melabuhkan tirainya.

Selepas memperkenalkan A-Class dua minggu lalu, Khamis, kelmarin Mercedes memperkenalkan model Mercedes-Benz C-Class baharu yang dikeluarkan dalam tiga varian iaitu C 200 Avantgarde, C 300 AMG dan AMG C 43.

Mercedes-Benz C-Class merupakan siri model yang paling berjaya dalam kelasnya dan kini telah berada pada tahun kelima pengeluaran serta membuat banyak peningkatan dan perubahan.

Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Kenderaan Penumpang MBM, Mark Raine, berkata Mercedes-Benz C-Class yang baharu ini didatangkan dengan rekaan yang sangat mewah berserta ciri-ciri keselamatan menggunakan teknologi terkini dan enjin yang lebih dinamik menjadikan ia sebuah kereta yang lebih baik dan hebat.

“Kami sangat berbesar hati dan yakin untuk meneruskan kejayaan model ini di Malaysia,” kata Raine.

Menawarkan sistem bantuan yang sokongan koperasi pemandu serta menyediakan tahap keselamatan yang lebih tinggi berbanding dengan pendahulunya. Keluarga C-Class baharu juga dilancarkan dengan enjin baharu, termasuk teknologi dan sistem baharu enjin empat silinder.

ENJIN DIPERBAHARUI

Untuk sistem janaan, enjin M24 baru digunakan. Varian C 200 menerima enjin 1.5 liter twin-scroll turbo, dengan kuasa 181 hp (184 PS) pada 5,800 RM304,888hingga 6,100 rpm dan 280 Nm tork pada 3,000 rpm hingga 4,000 rpm.

Enjin berkenaan dilengkapi ciri sistem elektrik EQ Boost 48-volt dengan penghidup/alternator pacuan tali sawat, yang dapat memberikan daya tambahan sebanyak 13 hp dan 160 Nm bila diperlukan. Prestasi 0-100 km/j ialah dalam masa 7.7 saat dengan laju maksimum 239 km/j.

Sementara itu, C 300 pula dilengkapkan dengan enjin M264 2.0 liter twin-scroll dengan janaan yang lebih tinggi berbanding sebelumnya 255 hp (258 PS) pada rpm yang bagi enjin M274 1.5 liter sebelum ini (241 hp) naik 14 hp berbanding yang lama.

REKAAN DALAMAN

Menyentuh mengenai rekaan dalaman pula, ruangan kabin model generasi baharu C-Class ini mempersembahkan rekaan berkualiti tinggi serta integrasi fungsi yang cemerlang dengan kehadiran skrin kokpit digital bersaiz 12.3 inci yang boleh diubah paparan kepada “Classic”, “Sport” dan “Progressive” di mana pemandu boleh memilih sendiri paparan yang mereka gemari.

Rekaan berkualiti tinggi dan integrasi fungsi yang cemerlang dengan kehadiran skrin kokpit digital bersaiz 12.3 inci.

Paparan Media dengan resolusi tinggi 10.25 inci ini boleh dioperasi dengan dua butang kawalan pada stereng pemandu. Pemandu hanya perlu menekan butang yang berada di stereng tanpa perlu melepaskan tangan dan terus fokus pada pemanduan.

C 200 hadir dengan kemasan luaran Avantgarde, dengan bahagian tengah bamparnya disudahi dengan krom berkilat dengan gril diamond hitam. Ia menggunakan rim 18-inci. Kelengkapan lain termasuk kemasan dalaman dari kulit Artico dan kayu oak bagi Avantgarde. Selebihnya, lampu utama LED High Performance, suspensi Agility Control, Keyless Go, sistem Audio 20 GPS serta sambungan kepada telefon pintar bagi Apple CarPlay dan Android Auto.

Kemasan dalaman daripada kulit Artico dan kayu oak.

Bagi varian C 300 pula, ia dilengkapi dengan kemasan luaran dan dalaman AMG Line. Ia menggunakan rim 19-inci AMG, dengan pilihan lain sekiranya diinginkan. Ia menggunakan lampu utama Multibeam LED dengan Ultra Range, sistem bunyi Burmester serta stereng sport AMG balutan kulit Nappa. Turut membezakan varian ini ialah bumbung panoramik elektronik, kamera 360-darjah dan Active Lane Keeping Assist yang berfungsi dalam kelajuan antara 60 km/j dan 200 km/j.