NAZA Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, memperkenalkan tiga varian model baharu iaitu Vespa Primavera 150, Sprint 150 dan GTS 300 Super Sport.

Kesemua model yang diperkenalkan bersempena dengan acara ‘Sneaker-lah’ ini telah dilengkapi dengan pengemaskinian gaya dan ciri yang tersendiri.

Mengekspresikan keunikan dan gaya hidup tersendiri, vespa adalah simbol utama bahasa Itali yang membawa maksud keanggunan dan skuternya direka untuk mereka yang menghargai makna sebenar kehidupan dengan tag line “Bukan untuk Semua”.

Dari kiri: Ketua Pegawai Operasi NAZA Premeira Sdn Bhd, Farouk Faisal, Timbalan CEO Group, Automotive Group, R. Devaraju, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Pierre Sainton, Ketua Syarikat Naza Automotive Group, Nazman Yusof, pada majlis pelancaran yang berlangsung di Mid Valley Megamall, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings, Datuk Samson 150Anand George berkata, Vespa Primavera, Sprint dan GTS Super Sport direka bentuk kepada kesempurnaan dengan gaya, keselesaan, keselamatan dan ketegapan.

“Kami menitik beratkan keselesaan pemanduan buat mereka yang inginkan kesempurnaan dan jentera ini sangat sesuai untuk ditunggangi bagi mengharungi lalu-lintas Malaysia yang sesak.

“Tahun ini telah mencapai hampir 70% sasaran jualan 1,125 unit. Dengan pengenalan tiga model baharu ini kami yakin kami akan berupaya untuk mencapai sasaran kami sebelum akhir tahun,” katanya.

PALING IKONIK

Vespa Primavera merupakan salah sebuah vespa moden yang paling ikonik, telah memberi penghormatan kepada model pertama yang diperkenalkan pada tahun 1968. Melambangkan kebebasan bergerak dalam kalangan belia remaja, ia dianggap sebagai salah sebuah skuter paling berjaya dan laris dijual dalam sejarah.

Model ini juga didatangkan rim 12 inci lima jejari dan menggunakan teknologi LED untuk lampu depan serta belakang.

Skuter ini menggunakan enjin silinder tunggal empat strok 150 cc i-get yang mampu menghasilkan kuasa 12.7 kuasa kuda (hp) pada 7,750 rpm dan 12.8 Nm tork pada 6,500 rpm. Tambahan pula, enjin berkuasanya mesra alam sekitar dengan penggunaan bahan api yang sangat rendah.

Vespa Primavera kini didatangi dalam satu rangkaian warna baharu yang terang dan muda seperti Beige Metallic, Nero Vulcano dan Monto Bianco.

Pembeli juga turut ditawarkan pilihan aksesori untuk memberi sedikit sentuhan cita rasa sendiri terhadap skuter berkenaan. Antaranya kotak barangan, perehat belakang, dan rak barangan.

SPRINT 150

Beralih ke Vespa Sprint pula, model baharu ini juga menampilkan pembaharuan sama seperti Primavera, dengan penggayaan keseluruhan yang menjadi pembeza utama dengan model sebelumnya.

Bagaimanapun, spesifikasi enjin varian ini adalah sama seperti Primavera. Untuk pilihan warna, ia menampilkan Blue Matte, Monte Bianco, Rosso Dragon dan Grigio Titantio. berkuasa dalam barisan model ditawarkan oleh Vespa pada masa ini. Skuter ini mewarisi warisan “Vespone” legenda dan tampak anggun ketika berada di atas jalan raya.

Dikuasakan dengan menggunakan enjin Qasar 300 cc silinder tunggal, dengan janaan kuasa 15.6kW pada 7,750 rpm dan 22 Nm tork pada 5,000 rpm serta dilengkapi dengan sistem kawalan cengkaman ASR dan ABS.

Untuk harganya pula, Naza telah menetapkannya bermula dari RM28,000 dengan dua pilihan kemasan warna yang berbeza, Red Matt dan Grigio Titanio. Kesemua model tersebut telah sedia dipamerkan di wakil pengedar rasmi Vespa di seluruh negara.