NAZA Kia Malaysia, pengedar rasmi Kia kenderaan di Malaysia, mengakhiri tahun ini dengan kempen “Year End Surprise” bermula 1 hingga 31 Dis dengan penjimatan sehingga RM15,000 untuk direbut oleh pelanggan.

Tawaran kempen itu juga meliputi jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had dan percuma servis penyelenggaraan.

Melalui kempen itu juga, Kia Cerato kini ditawarkan dengan penjimatan sebanyak RM15,000 dan percuma insurans selama setahun.

Sementara itu, pelanggan yang membeli sedan besar Kia Optima baharu akan mendapat penjimatan sebanyak RM10,000 dan bagi Kia Picanto serta akan menerima dua tahun percuma servis penyelenggaraan.

Pembeli akan turut menikmati penjimatan sebanyak RM5,000 bagi hatchback baharu, Kia Rio, yang dilengkapi dengan ciri-ciri terkini yang baharu seperti Transmisi Automatik dengan enam kelajuan dan yang pertama dalam segmennya mempunyai Sistem Pemantauan Titik Buta, memberi pemanduan yang lebih baik kepada pemandu.

Tawaran ini hanya untuk tempahan dalam tempoh kempen berkenaan dan stok adalah terhad. Maklumat lanjut mengenai kempen itu, boleh layari http://www.kia.com.