BMW Malaysia memperkenalkan BMW Moments iaitu program keistimewaan pemilikan yang unik merangkumi semua pengalaman dan perkhidmatan pemilikan eksklusif. Dirumus khas untuk membawakan Pengalaman Pemilikan Premium yang komprehensif dan menyeluruh daripada BMW Group Malaysia.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, berkata BMW sentiasa komited menawarkan perkhidmatan kelas pertama kepada pelanggan, merangkumi pengalaman pemilikan yang terbaik dalam segmen seumpamanya.

“Kami akan terus membawakan kebebasan bagi para pelanggan kami yang dihargai agar mereka dapat menikmati janji yang dirangkap dalam cogan kata, ‘Kenikmatan Pemanduan Sempurna’ dengan selesa menerusi inovasi, produk dan perkhidmatan yang ulung dalam industri ini.

“Kini, ‘BMW Moments’ akan memberikan kami kebolehan untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan membawakan Pengalaman Pemilikan Premium BMW yang menyeluruh ditawarkan kepada setiap pelanggan,” katanya.

BMW Moments mempersembahkan rangkaian perkhidmatan dan keistimewaan terbaik yang berhak kepada setiap pemilik jentera BMW.

Ia merangkumi pelbagai tawaran bermula dari pilihan pembiayaan yang fleksibel dan inovatif serta penjagaan dan bantuan premium boleh dipercayai sehingga ke penarafan kenikmatan pemanduan sempurna untuk pelanggan menerusi pelbagai keistimewaan gaya hidup yang eksklusif.

Kesemuanya ditawarkan melalui tiga kategori yang tersendiri membabitkan ‘BMW Support’, ‘BMW Care’ dan ‘BMW Privileges’.