MUDAH Auto, sebagai sebahagian daripada Mudah.my, pasaran terbesar di Malaysia, mengekalkan kedudukan teratasnya sebagai laman web automotif yang paling kerap dilawati di Malaysia.

Menurut data terkini yang dikeluarkan oleh comScore, rakan kongsi yang dipercayai untuk merancang, mengurus dan menilai media merentasi platform. Dalam kategori Automotif comScore, Mudah Auto secara konsisten berada di kedudukan tempat teratas dari segi pelawat unik dan lawatan laman web keseluruhan sepanjang lapan bulan pertama tahun 2018.

Di komputer meja (destop), Mudah Auto menduduki tempat teratas dalam senarai dengan purata 676,000 Pengunjung Unik setiap bulan di antara Januari hingga Ogos 2018 serta menjangkau kira-kira 40% daripada keseluruhan audiens internet automotif Malaysia dan tiga kali lebih banyak pelawat berbanding pesaing terdekatnya.

Berbanding dengan platform automotif lain di Malaysia, Mudah Auto juga menduduki tempat pertama untuk Purata Minit Diluangkan oleh setiap pelawat di telefon bimbit iaitu sebanyak enam kali lebih masa yang diluangkan berbanding pesaing lain.

Ketua Pegawai Eksekutif, Mudah.my, Gaurav Bhasin berkata , mengekalkan tempat teratas untuk laman web automotif di Malaysia untuk tahun kedua secara berturut-turut adalah satu kejayaan yang menarik baginya.

“Tetapi pencapaian sebenar ialah apabila kami dapat memajukan hubungan pelanggan kami, di samping membina kepercayaan.

“Kami telah bekerja secara berterusan untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan kami, dan data yang dihasilkan membuktikan bahawa pelanggan kami menghargai fokus kami.

"Anugerah Superbrands baru-baru ini juga merupakan pengukuhan positif dan usaha kami, dan tanda bahawa kami berada di landasan yang betul sebagai sebuah jenama serta sebuah organisasi,” katanya.