KEMERIAHAN dan keseronokan berkonvoi menunggang motosikal berkuasa tinggi sukar digambarkan dengan kata-kata kerana ia dilihat dan dinilai dari sudut minat masing-masing.

Meluncur gah berkumpulan di lebuh raya, namun aspek keselamatan sentiasa dititikberatkan bagi mengelakkan atau mengurangkan risiko yang tidak diundang.

Bila dah ramai berkumpul, macam-macam idea muncul sehingga tercetusnya untuk mengadakan konvoi jelajah Tour Melaka 2018. Inilah yang berlaku kepada Fast Bikes Club (FBC) apabila minggu lalu Melaka Bandar Raya Bersejarah digegarkan dengan deruman enjin pacuan dua roda berkuasa tinggi yang melibatkan penyertaan dari tiga negara iaitu Malaysia, Thailand dan Singapura.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.918162.1545386409!/image/image.png

TAHUN MELAWAT MELAKA 2019

Konvoi juga diadakan bertujuan membantu bagi mempromosi Tahun Melawat Melaka 2019 yang kini giat dilaksanakan kerajaan negeri Melaka.

Peserta memulakan konvoi jelajah seluruh negeri Melaka pada 14 Disember dan menamatkan penjelajahannya pada ahad lalu.

Dengan jarak keseluruhan sejauh 677km konvoi bermula dari Kuala Lumpur ke seluruh Melaka. Peserta konvoi berpeluang mengunjungi tempat-tempat menarik dan bersejarah di sekitar Melaka selain menikmati makanan dan juadah istimewa orang melaka seperti Asam Pedas, kuih keria dan ‘coconut shake’ yang terkenal di Klebang.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.918157.1545386353!/image/image.png

Harley Davidson of Petaling Jaya lokasi perlepasan konvoi.

JELAJAH SAMBIL BERAMAL

Pengerusi Fast Bikes yang juga penganjur utama konvoi Tour Melaka 2018 tersebut, Fadzlaini Ibrahim berkata, konvoi oleh 35 penunggang motosikal berkuasa tinggi ini turut melaksanakan beberapa program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.918172.1545386537!/image/image.png

Nini

“Kami bukan melakukan jelajah saja-saja, sebenarnya program tiga hari dua malam kami ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuk mengenali seni dan kebudayaan negeri Melaka, jelajah Sungai Melaka menaiki Cruise, gotong-royong melalui program CSR dan juga aktiviti sukan bersama penduduk setempat.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.918160.1545386391!/image/image.png

Salah seorang peserta Thailand teruja ketika menaiki Menara Taming Sari yang menampakkan seluruh bandar Melaka berketinggian 80 meter.

“Jarang kita dapat lihat peserta yang pada asalnya tidak mengenali antara satu sama lain bergabung membersihkan kawasan masjid bersama tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Tapi kami telah membuktikannya bahawa ia tidak mustahil,” katanya.

Dalam pada itu, Fadzlaini atau lebih mesra dengan panggilan Nini berkata, pihaknya sempat menyerahkan sumbangan wang tunai yang dikumpulkan daripada peserta konvoi untuk tabung Masjid Rembia.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.918167.1545386466!/image/image.png

Menyertai sukan tradisional tarik upih.

Selain itu, sumbangan juga turut diberikan semasa majlis penutup yang berlangsung di Dewan Kampung Sungai Petai kepada 21 keluarga, anak yatim dan ibu tunggal.

Nini berkata, Fast Bikes akan mengadakan lebih banyak aktiviti seumpama itu dengan melibatkan lebih ramai penyertaan dari seluruh negara dan membantu golongan sasaran.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.918165.1545386430!/image/image.png

Aktiviti bola sepak berkain pelekat.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.918166.1545386448!/image/image.png

Acara boling padang buah kelapa turut dipertandingkan.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.918159.1545386371!/image/image.png

Acara kerusi beracun menggamitkan suasana.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.918189.1545387791!/image/image.png

Peserta juga berpeluang jelajah Sungai Melaka menaiki Cruise.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.918168.1545386483!/image/image.png

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.918169.1545386504!/image/image.png

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.918170.1545386520!/image/image.png