HONDA Sdn Bhd (Honda Malaysia) baru-baru ini secara rasminya membuka Pusat Honda 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) terletak di Pasir Gudang, Johor, milik Yong Ming Motor Sdn Bhd (Yong Ming Motor).

Dengan pembukaan ini, Honda Malaysia kini mempunyai 97 cawangan Pusat Honda 3S seluruh negara dan 12 buah daripadanya terletak di Johor.

Yong Ming Motor melabur sejumlah RM18.5 juta ke dalam bangunan berkeluasan 77,000 kaki persegi yang dilengkapi dengan kemudahan terkini dan peralatan lengkap.

Bangunan Empat tingkat ini dilengkapi dengan tempat letak kereta, 9 Service Bays, 3 General Repair Bays dan 2 Servis tayar Bays yang mampu menampung sehingga 30 buah kereta setiap hari.

Honda 3S Centre mempunyai ruang istirahat kondusif dan selesa khusus buat pelanggan. Terdapat juga ruang makanan dan minuman, kids corner dan surau untuk pelanggan Muslim menunaikan solat sementara menunggu kereta siap diservis.