PELBAGAI aktiviti, filem dan muzik yang menarik menanti anda kerana BMW Shorties akan meraikan ulang tahun yang ke-12 pada tahun ini dalam usahanya untuk menerajui bakat-bakat pembikin filem dan kandungan digital di peringkat tempatan.

BMW Group Malaysia akan meraikan satu lagi tahun yang menjayakan sempena inisiatif mereka untuk menerajui landskap perfileman dan kandungan digital di dalam negara dengan Festival Filem BMW Shorties yang akan diadakan pada hari Sabtu, 15 Disember 2018 di Tiffin Food Court, Petaling Jaya.

Festival filem tersebut akan menyaksikan salah seorang daripada finalis BMW Shorties 2018 dinobatkan sebagai Pemenang Hadiah Utama, bersama pemenang-pemenang bagi kategori sokongan yang lain, termasuk untuk Anugerah Pilihan Popular.

Sesi pengundian akan berakhir pada hari Jumaat, 7 Disember 2018. Dihoskan oleh Adam Izzy, festival tersebut juga akan mengacara penyiaran filem-filem pendek yang dibikin oleh para finalis, dan sebuah panel perbincangan mengenai ‘Penceritaan untuk Penonton Filem Hari Ini’.

Bukan itu sahaja, para pelakon dan kru filem GUANG, oleh Quek Shio Chuan, iaitu Pemenang Hadiah Utama BMW Shorties 2011 juga akan hadir untuk sesi suai temu dengan para peminat dan penggemar filem.

Para peminat juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah yang merangkumi cenderamata, termasuk kemeja-T BMW ‘Shor-tees’ edisi terhad, menampilkan rekaan yang menjuarai peraduan BMW ‘Shor-Tees’ diadakan pada awal tahun ini.

Pelbagai barangan lain daripada Dockers dan Levi’s turut bakal menjadi rebutan.