CASTROL Malaysia melancarkan Castrol POWER1 serba baharu dengan empat pilihan terkini diciptakan bagi menepati keperluan khusus motosikal. Hasil paduan teknologi yang telah diperbaharui dan spesifikasi produk yang telah dipertingkatkan, formulasi baharu ini memperhebatkan lagi prestasi kenderaan.

Empat pilihan baharu yang diperkenalkan ialah Castrol POWER1 Cruise 4T 15W-50 1L, Castrol POWER1 Racing 4T 10W-40 1L, Castrol POWER1 Scooter 4-AT 5W-40 1L dan 10W-40 1L.

Selain itu, dua pilihan sedia ada iaitu Castrol POWER1 4T 10W-40 1L dan Castrol POWER1 Racing 4T 10W-50 1L turut diperkenalkan semula dengan formulasi yang dipertingkatkan.

Berbanding dengan produk-produk pesaing, Castrol POWER1 dengan Power Release Technology mengoptimumkan geseran untuk memberikan peminat motosikal pecutan yang lebih pantas dan hebat dalam setiap pulasan pendikit.

Dalam ujian pecutan 5.2km 3-peringkat menggunakan enjin supersports 101kW 4-silinder, Castrol POWER 10W-40 baharu adalah 6.6 saat lebih pantas berbanding pesaing 10W-40 dan 2.8 saat lebih pantas berbanding formulasi terdahulu.

Berucap pada majlis pelancaran, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia, Keow Mei-Shan berkata, Castrol sentiasa berkembang untuk sejajar dengan keperluan pengguna. Castrol POWER1 baharu merupakan hasil daripada inisiatif ini.

“Paling utama adalah fokus kami untuk terus menawarkan yang terbaik sama ada rangkaian serba baharu atau penambahbaikan formula,” katanya.