3M Malaysia sebuah syarikat sains global mempamerkan solusi automotifnya yang canggih di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS 18).

Produk-produk yang ditampilkan merangkumi 3M Scotchshield Crystalline Security AutoFilm serta tiga warna baharu yang dilancarkan untuk 3M Auto Wrap Film Series 1080.

3M Malaysia juga telah merungkaikan produk konsep filem pembalut kereta yang berciri reflektif, 3M Scotchlite Print Wrap Film bagi penggemar kereta.

Pengarah Urusan 3M Malaysia, Parameswaran Nair berkata, 3M Malaysia sangat berbesar hati untuk menyertai Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur bagi memperkenalkan produk-produk terbaharu dari 3M kepada pengunjung.

“Kami bukan sahaja mendefinisikan semula ciri-ciri keselamatan dan estetika bagi industri automotif, malah turut mendidik warga Malaysia mengenai kepentingan pemilihan filem kereta dan pembalut kereta yang sesuai.

“Di 3M Malaysia, kami menabur usaha secara konsisten untuk terus menerajui bidang sains automotif dan inovasi, sejajar dengan tema KLIMS 18 iaitu, ‘Beyond Mobility’, dan membawa industri automotif tempatan ke alaf baharu,” katanya.

Pelbagai diskaun dan promosi yang menarik turut ditawarkan bagi produk 3M, seperti pertandingan ‘Teka dan Menang’ di mana pengunjung berpeluang memenangi hadiah eksklusif, iaitu 3M Vehicle Air Purifier Plus.

Pelekat jalur lumba untuk telefon mudah alih juga diberikan percuma dengan penawaran Gloss Flip Ghost Pearl 3M Auto Wrap.