MANJUNG - Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas terjatuh ke dalam lubang lif dari tingkat tiga sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di sini kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Zabudin Mat Rose berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 4.40 petang dan bergegas ke lokasi yang berhadapan salah sebuah pasar raya di Seri Manjung.

Menurutnya, setibanya jentera di FRT A1-37 Seri Manjung, terdapat seoang lelaki warga Bangladesh terjatuh ke dalam ruangan lif dari tingkat tiga sebuah bangunan yang hampir siap.

"Mangsa didapati tidak bergerak dan ke dalaman lubang berkenaan dari tingkat bawah dianggarkan sedalam 12 kaki," katanya dalam satu laporan di sini, hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudiannya dibawa  keluar oleh anggota bertugas dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Anggota menggunakan tali dan 'stretcher' untuk membawa mangsa keluar sebelum diserahkan kepada anggota polis selepas disahkan meninggal dunia.

"Operasi tamat pada jam 5.17 petang," katanya.