BENTONG - Seorang kanak-kanak Orang Asli dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Empangan Perting, petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.00 petang itu, mangsa Usop Mat Arip, 8 dipercayai tergelincir ketika sedang memancing dan cuba menyeberangi kawasan tohor namun gagal diselamatkan oleh ayahnya.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd Sani Harul berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 4.30 petang.

"Berdasarkan keterangan bapanya, mangsa dikatakan tergelincir semasa cuba menyeberangi kawasan yang disangka cetek, namun sebenarnya agak dalam," ujar beliau.

"Tindakan operasi menggunakan teknik "surface searching" di pinggiran empangan tersebut," tambahnya lagi.