PASIR MAS - Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Pengkalan Batu maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh dua buah kenderaan.

Kejadian berlaku berhampiran kedai perabot di Jalan Pasir Mas-Pasir Pekan, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa Abdul Hamid Ali, 72, maut ditempat kejadian akibat patah tengkuk.

Mangsa maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh dua buah kenderaan di bahu jalan berhampiran kedai perabot di Jalan Pasir Mas-Pasir Pekan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Mas.

"Setiba ditempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa telah hilang kawalan mengakibatkan kereta tersebut melanggar dua kenderaan lain yang berada di bahu jalan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.