WAKTU kegemaran ramai telah tiba dan ia bukanlah sambutan perayaan seperti yang adan jangkakan! Ia suatu yang lebih besar, lebih baik dan luar jangka disediakan sempena fenomena beli-belah seluruh dunia, 11:11.

Bagi memenuhi kehendak 15.2 juta pelanggan dalam talian di Malaysia, 11street akan memulakan 'kegilaan' tersebut dengan Madness Category Sales dari 29 Oktober hingga 10 November ini, di mana pelanggan boleh mendapatkan produk dan perkhidmatan pada harga yang mengejutkan.

Sepanjang tempoh ini barangan-barangan daripada katergori seperti teknologi (peranti mudah alit, IT, barangan elektronik); kecantikan, kesihatan dan fesyen; keluarga (barangan runcit, bayi dan kanak-kanak, kediaman dan kehidupan) serta gaya hidup (eBaucar, buku, sukan, hobi dan hadiah) ditawarkan pada harga rendah yang luar biasa.

"Ramai mungkin beranggapan kami 'gila' apabila melihatkan promosi-promosi luar biasa yang ditawarkan sepanjang kempen ini, tetapi ia tentunya bukanlah Shopping Madness 11 jika kami tidak menyediakan tawaran yang akan menarik pembeli," kata Ketua Pegawai Eksekutif 11Street, Cheong Chia Chou.

Tempoh kemucnak kempen ini adalah pada Madness Heaven, dari 11-14 November. Pada ketika ini 11Street akan mengejutkan pembeli dengan diskaun produk sehingga 90%, jualan kilat yang mengujakan serta tawaran-tawaran di bawah RM11.

Untuk menikmati kempen Shopping Madness 11 orang ramai boleh melayari laman https://promotion.11street.my/madness-campaign.