TOURISME Selangor sedang giat meningkatkan bilangan pengunjung untuk sektor pelancongan MICE, sambil mengekalkan lawatan pelancong dari pasaran utama seperti Singapura, China, India dan negara-negara di Timur Tengah.

Sebagai sebuah negeri yang pesat membangun, Selangor menawarkan tempat-tempat yang sesuai dengan semua jenis acara, belanjawan dan keperluan. Bagi mempromosikan produk pelancongan dan perniagaan di Selangor, Tourism Selangor telah mencipta kempen promosi dengan tagline #DiscoverSelangor #TakeMeAnyWhere.

MICE merujuk kepada penyediaan perkhidmatan berkaitan dengan acara mesyuarat, persidangan, konvensyen, pameran, insentif dan lain-lain acara berkaitan. Pusat ini menyediakan ruang yang fleksibel, membolehkan acara tersebut dijalankan dan juga berkemampuan untuk mengendalikan pelbagai acara serta dilengkapkan dengan kelengkapan audio visual dan komunikasi.

Sebagai pintu utama masuk negara, Selangor dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bergerak dari suatu tempat seperti MRT, LRT. Dengan kemudahan infrastruktur dan komunikasi yang terbaik seperti Kuala Lumpur International Airport (KLIA), KLIA2, dan Subang Skypark, ia sangat memudahkan pelancong dari luar negeri untuk ke Selangor.

Untuk destinasi MICE kategori konvensyen dan pameran, tempat paling ideal adalah IDCC Shah Alam, Malaysia Agro Exhibition & Convention Centre (MAEPS), Setia City Convention Centre, Shah Alam Convention Centre dan Sunway Convention Centre.

Untuk kategori hotel dan resort pula, terdapat lebih 20 hotel dan resort yang sesuai untuk penganjuran acara MICE. Selain itu, terdapat juga dewan atau ruangan pelbagai guna seperti Damansara Performing Arts Centre, I-City Park, Sepang International Circuit Sdn Bhd dan Sunway Lagoon. Kesemua destinasi tersebut mempunyai fasiliti yang canggih dan bertaraf antarabangsa dan juga kemudahan bergerak dari satu tempat.

Tourism Selangor sebagai agensi pelancongan mengambil inisiatif dalam memainkan peranan untuk turut membantu bagi mempromosikan destinasi MICE sebagai salah satu tarikan pelancong.

Ini kerana industri MICE adalah pemacu penting dalam meningkatkan pendapatan ekonomi negeri, dapat meningkatkan jumlah pelancong dalam dan luar negara, dan meletakkan Selangor sebagai negeri yang wajib dilawati dan dikunjungi.

Untuk info lanjut, kunjungi: www.tourismselangor.my