MUSIM persekolahan kini hampir tamat dan kiraan hari sudah bermula untuk loceng terakhir bergema. Merancang percutian keluarga hujung tahun yang amat dinantikan boleh menjadi sukar, terutamanya percutian yang memenuhi keperluan keseluruhan keluarga.

Jadi sama ada keluarga anda mahukan pengembaraan, sedikit magik kisah kayangan atau perjalanan penemuan diri dan philantropi, Agoda, salah satu platform tempahan penginapan dalam talian (OTA) paling pesat berkembang, memiliki pilihan luas hotel dan rumah sewa percutian bagi menginspirasikan idea-idea percutian yang akan memberikan keluarga anda sesuatu untuk dikenang selama-lamanya!

Jelajahi Keganjilan

Dengan pilihan penginapan unik yang luas, anda mungkin menemukan tempat-tempat magis yang merupakan destinasi tersendiri untuk anda tinggal bersama keluarga. Misalnya, Hang Nga Guesthouse di Da Lat, Vietnam, yang juga dikenali sebagai ‘Crazy House’ atau ‘Fairy Tale House’.  Ia adalah sebuah rumah penginapan yang menyerupai akar kayu yang memaparkan tema haiwan berbeza, tangga berpilin-pilin, laluan berselirat dan jambatan yang membawa anda ke pemandangan panorama bandar. Bayangkan wajah girang anak-anak anda apabila anda memberitahu mereka akan tinggal di situ yang bagaikan adegan di dalam kisah dongeng.

Pengalaman kesukarelawan

Untuk percutian keluarga yang lebih bermakna, pertimbangkan untuk memberi balik kepada masyarakat tempatan dengan mengambil bahagian dalam pengalaman kesukarelawan atau menyokong badan bukan membuat untung yang pasti akan meninggalkan impak positif ke atas anak-anak anda. Bukan saja ini akan memberikan keseluruhan keluarga pemahaman sebenar mengenai kehidupan liar atau komuniti setempat, ia juga kaedah terbaik untuk menjadi lebih rapat sesama anggota keluarga!

Di Thailand, terdapat banyak pusat perlindungan gajah beretika seperti Happy Elephant Home. Di sini seluruh keluarga boleh mempelajari mengenai layanan kemanusiaan terhadap gajah dan meluangkan hari atau sepetang menyediakan makanan, memberi makan dan memandikan gergasi lembut ini! Berehat dan santai di vila individu Phusanfah Resort yang bertentangan sawah padi, kira-kira 30 minit perjalanan.Musim persekolahan kini hampir tamat dan kiraan hari sudah bermula untuk loceng terakhir bergema. Merancang percutian keluarga hujung tahun yang amat dinantikan boleh menjadi sukar, terutamanya percutian yang memenuhi keperluan keseluruhan keluarga.

Jadi, sama ada keluarga anda mahukan pengembaraan, sedikit magik kisah kayangan atau perjalanan penemuan diri dan philantropi, Agoda, salah satu platform tempahan penginapan dalam talian (OTA) paling pesat berkembang, memiliki pilihan luas hotel dan rumah sewa percutian bagi menginspirasikan idea-idea percutian yang akan memberikan keluarga anda sesuatu untuk dikenang selama-lamanya!Jelajahi Keganjilan

Dengan pilihan penginapan unik yang luas, anda mungkin menemukan tempat-tempat magis yang merupakan destinasi tersendiri untuk anda tinggal bersama keluarga. Misalnya, Hang Nga guesthouse di Da Lat, Vietnam, yang juga dikenali sebagai ‘Crazy House’ atau ‘Fairy Tale House’.

Ia adalah sebuah rumah penginapan yang menyerupai akar kayu yang memaparkan tema haiwan berbeza, tangga berpilin-pilin, laluan berselirat dan jambatan yang membawa anda ke pemandangan panorama bandar. Bayangkan wajah girang anak-anak apabila anda memberitahu mereka akan tinggal di situ yang bagaikan adegan dalam kisah dongeng.

Pengembaraan gaya Indiana Jones

Mahukan percutian seperti wira filem aksi? Teroka kota-kota yang hilang dan pengembaraan hebat seperti Bandar Inca Machu Picchu, jauh di kawasan pergunungan Andes di Peru.

Mendarat di bandar Lima, Peru di mana Caza Azul akan menjadi kem induk bagi keluarga, kemudian mulakan pengembaraan anda dan meneroka landskap dramatik Sacred Valley di mana aktiviti seperti berbasikal gunung, menjejak hutan, menunggang kuda dan berakit sungai tersedia. Akhirnya, tamatkan perjalanan anda dengan meneroka misteri Cuzco dan mengagumi kota purba Machu Picchu.

Menjadi orang tempatan sementara

‘Makan di mana penduduk tempatan makan, berbeli-belah di kedai tempatan dan tidur di mana penduduk tempatan tidur’ – falsafah perjalanan ini akan membolehkan anda dan keluarga menikmati pengalaman dan merasai kehidupan sebagaimana orang tempatan.

Menghala ke Seoul untuk menikmati pengalaman penuh Korea. Mulakan dengan mendaftar masuk ke Hanok 24 Guesthouse Gyeongbokgung, sebuah inap desa tradisional Korea. Tanyakan pemiliknya apakah destinasi kegemaran tempatan mereka dan aktiviti keluarga, atau lebih baik lagi, minta bantuan mereka untuk merancang program anda hari itu! Ya, anda tidak salah dengar – tutup buku panduan melancong anda dan dapatkan maklumat dalaman daripada orang tempatan sendiri bagi menikmati pengalaman tulen.