PENGGUNA yang mengamalkan gaya hidup aktif kini boleh mendapat bekalan tenaga sepanjang hari dengan minuman Tenaga XS.  Merupakan jenama eksklusif pertama daripada Amway, minuman tenaga berkarbonat tanpa gula dan rendah kalori ini boleh didapati dalam tin 250ml dan didatangkan dalam dua perisa, Citrus Blast dan Cranberry-Grape Blast.

Minuman Tenaga XS Citrus Blast – Alami ledakan tenaga yang mampu bertahan sepanjang hari dengan rasa sensasi sitrus. Minuman Tenaga XS Cranberry-Grape Blast – Gabungan kemanisan anggur dengan rasa masam kranberi.

“Minuman Tenaga XS kami yang baharu padat dengan letusan rasa yang enak bagi memberikan pengguna ledakan tenaga yang diperlukan oleh mereka untuk meneruskan gaya hidup aktif serta mencabar.

"Ia dapat memenuhi keperluan tenaga mereka yang mempunyai semangat mencabar dan mengamalkan gaya hidup aktif, yang sentiasa mencari sesuatu yang baharu serta pilihan lebih baik,” kata Ketua Pemasaran Amway Malaysia, Leong Kok Fong.

Kedua-dua perisa, Citrus Blast dan Cranberry-Grape Blast dihasilkan dengan menggunakan ramuan yang bermutu tinggi yang diperkayakan dengan vitamin *B. Minuman Tenaga XS dijual secara eksklusif oleh Pemilik Perniagaan Amway (ABO) di seluruh negara dan boleh didapati dalam pek 24 tin pada harga RM150 bagi setiap pek.

Dapatkan maklumat terkini mengenai #XSperience daripada akaun Instagram rasmi @XS_MSB. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.AMWAY.my/.

Info sihat:  *Vitamin B

1. Vitamin B membantu menyokong saluran pengeluaran tenaga dalaman badan kita.1,2 Lebih spesifik lagi:

2. Vitamin B2 – Vitamin B2 (riboflavin) merupakan komponen penting koenzim FMN (riboflavin-5’-fosfat) dan FAD (flavin adenina dinukleotida) yang digunakan dalam metabolisme untuk membantu badan anda menukarkan makanan yang dimakan menjadi tenaga. Ia juga penting untuk fungsi selular, pertumbuhan dan perkembangan.

3. Vitamin B3 – Vitamin B3 (niasin) ialah sebahagian daripada koenzim NAD (nikotinamida adenina dinukleotida) dan NADP (nikotinamida adenina dinukleotida fosfat-oksidase) yang digunakan dalam metabolisme untuk membantu badan anda menukarkan makanan yang dimakan menjadi tenaga.

4. Vitamin B5 – Vitamin B5 (asid pantotenik) diperlukan untuk sintesis koenzim A (CoA) dan protein pembawa asil, yang terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein.

5. Vitamin B6 - Vitamin B6 diperlukan untuk lebih 100 tindak balas metabolisme dan merupakan sebahagian daripada koenzim PLP (pridoksal 5’ fosfat) dan PMP (piridoksamina 5’ fosfat)

6. Vitamin B12 – Vitamin B12 merupakan kofaktor untuk dua enzim: metionina sintase dan Lmethylmalonyl-CoA mutase. Enzim-enzim tersebut memangkin pelbagai tindak balas yang memberi kesan kepada metabolisme protein dan lemak serta sintesis protein dan DNA. Bekalan B12 yang mencukupi adalah penting untuk pembentukan darah dan fungsi saraf.

Sumber:

Institute of Medicine. Food and Nutrition Board. Dietary Reference Intakes.

World Health Organization – Vitamin and Mineral Requirements in Human Nutrition.