TOURISME Selangor sedang giat meningkatkan bilangan pengunjung untuk sektor pelancongan MICE, sambil mengekalkan lawatan pelancong dari pasaran utama seperti Singapura, China, India dan negara-negara di Timur Tengah. MICE merujuk kepada penyediaan perkhidmatan berkaitan dengan acara mesyuarat, persidangan, konvensyen, pameran, insentif dan lain-lain acara berkaitan.