SHAH ALAM - Kakak kepada mangsa nahas Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Yusnidah Hussain meminta netizen di alam maya berhenti mencemuh adiknya, Muhammad Faizznur Asyraf Hussain.

"Semua warga Facebook, saya dimaklumkan Faizznur sudah keluarkan kenyataan rasmi.

"Semua netizen di alam maya jangan lagi mencemuh dia," katanya menerusi kenyataan media, malam tadi.

Faizznur, 26, didakwa pecah amanah dalam mengurus wang sumbangan orang ramai terhadap dua anak saudara mereka, Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan Nur Firuza Aqila, 5.

Amira dan Aqila adalah anak pasangan suami isteri, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari yang maut dalam nahas membabitkan Myvi di Lebuhraya Duke, Mei tahun lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beranak maut dalam nahas di Lebuhraya Duke]

Mengulas mengenai kenyataan balas Faizznur yang disiar malam tadi, Yusnidah berkata, penjelasan adiknya itu hanya berkisar tentang kisah keluarga sahaja dan tidak memaparkan keseluruhan cerita.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh pecah amanah, bapa saudara kes Duke akhirnya buka mulut]

"Mungkin hakikat sebenar beliau akan  bentangkan di mahkamah.

"Lebih baik bagi mendapat pengadilan. Insya-ALLAH mahkamah pasti akan mengadili kebenaran," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini bahawa ibunya meminta beliau menjaga dua anak saudaranya selepas ibu bapa mereka maut dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) pada Mei tahun lepas.
  • KUALA LUMPUR - Peguam bapa saudara anak mangsa nahas Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke), Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar mendakwa pihaknya mempunyai segala bukti untuk menangkis segala tuduhan yang dikemukakan oleh ibu saudara dua beradik itu, Yusnida Hussain.