KUALA LUMPUR - Seorang nenek kepada dua anak yatim memberitahu Mahkamah Tinggi Syarikah di sini hari ini bahawa beliau menunaikan umrah kerana pesanan arwah anaknya supaya berbuat demikian walau apapun terjadi.

Wirda Syamsuddin, 5e4, kepada kepada Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 9, dan Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam, 5, memberitahu bahawa arwah anaknya, Nova Safitri Azhari, 27, membuat pesanan itu sehari sebelum dia meninggal dunia dalam kemalangan, Nova Safitri, suaminya, Fairuz Nizam, 35, serta bayi perempuan tujuh bulan mereka, Nur Annisa Firuza, maut dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Muda, Batu Caves, dekat sini, pada 2 Mei, 2015.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beranak maut dalam nahas di Lebuhraya Duke]

"Saya tetap tunaikan umrah walaupun ketika itu arwah anak saya baru meninggal dunia kerana ingat pesannya yang mahu saya teruskan niat saya,," katanya dalam perbicaraan kes hak penjagaan anak (hadanah) ke atas Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqlia.

Beliau menunaikan umrah pada 15 Mei 2015, 13 hari selepas kemalangan anaknya itu.

Wirda, yang merupakan defendan dalam kes itu, berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh peguam syarienya Yusfa Hanis Yusoff semasa pemeriksaan balas dalam perbicaraan hadanah terhadap dua kanak-kanak itu.

Yusnidah Husain, 49, iaitu ibu saudara kepada kanak-kanak itu, memfailkan permohonan hadanah pada 2 Jun 2015 mengikut Seksyen 81 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Pada 11 Ogos 2015, mahkamah memberi hak penjagaan sementara dua kanak-kanak itu kepada Yusnidah.

Yusnidah diwakili peguam syarie Mahyuddin Md Zahari dan perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab bersambung pada 28 Februari ini. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Penantian kami berakhir. Demikian luahan kakak kepada Fairuz Nizam Husain, yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) di sini hampir tiga tahun lalu.
  • KUALA LUMPUR - Dua pemandu Perodua Myvi dipenjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebentar tadi selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian tiga beranak, dalam nahas di Lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE) tiga tahun lalu.
  • KUALA LUMPUR - Nenek dua kanak-kanak yang kematian ibu bapa mereka dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) pada Mei 2015 memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini bahawa beliau pernah menjaga dua cucunya itu selama 13 hari.
  • KUALA LUMPUR - Peguam bapa saudara anak mangsa nahas Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke), Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar mendakwa pihaknya mempunyai segala bukti untuk menangkis segala tuduhan yang dikemukakan oleh ibu saudara dua beradik itu, Yusnida Hussain.