KUALA LUMPUR - Sebanyak 21,613 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas pelbagai kesalahan dalam Ops Patuh yang dijalankan di seluruh negara bagi tempoh Januari sehingga 30 Disember 2017.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata saman berkenaan melibatkan kesalahan seperti lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Katanya, dalam tempoh sama 42,478 kenderaan diperiksa dan lebih 28,000 notis dikeluarkan oleh agensi penguatkuasaan itu selain 72 kenderaan disita.

“Kita mendapati kebanyakan kenderaan yang disita dipandu oleh warga asing… kebanyakan mereka tidak mempunyai lesen memandu.

“Selain itu, notis dikeluarkan untuk pemilik kenderaan membawa kenderaan menjalani pemeriksaan misalnya untuk pemeriksaan cermin gelap,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Ops Patuh di Jalan Bangsar di sini, awal hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ismail Mohd Zawawi berkata dalam Ops Patuh berkenaan, 2,896 kenderaan diperiksa dalam operasi di Jalan Bangsar dan Jalan Genting Klang.

Menurutnya, 724 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan kepada pemilik kenderaan dalam operasi yang bermula kira-kira 8.30 malam tadi dan berakhir pada 1 pagi ini. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin gagal meneruskan rayuan untuk mengetepikan keputusan mahkamah tinggi yang memerintahkannya membayar RM150,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membuat kenyataan fitnah 10 tahun lalu.
  • KUALA LUMPUR - "Tiada lesen memandu merupakan kesalahan utama dilakukan pengguna jalan raya yang dikesan sepanjang Ops Tahun Baharu Cina 2018," kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman.
  • KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan penguatkuasanya mengarahkan beberapa pemandu lori menanggalkan pakaian seperti yang tular di laman sosial.
  • PUTRAJAYA - Sebarang ugutan dan ancaman tidak akan melemahkan serta melunturkan semangat pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan siasatan, kata ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid.
  • ALOR GAJAH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Jawatankuasa Pelesenan Institusi Memandu (JKPIM) akan sentiasa memantau isu harga lesen memandu yang ditetapkan institut memandu di negara ini.