TERLALU banyak novel genre cinta dan seram menjadi pilihan para novelis sehingga mengakibatkan novel-novel sedemikian membanjiri pasaran dan pembaca mempunyai banyak pilihan.

Ia akhirnya melembapkan pasaran novel itu sendiri.

Untuk menjadi novelis pilihan, setiap penulis perlu mempunyai strategi dalam memasarkan novel masing-masing.

Bagi merealisasikan hasrat ini, dua orang penulis berpengalaman, Ramlee Awang Murshid, novelis Thriller No 1 Malaysia dan Norden Mohamed, bekas Pengurus Besar syarikat penerbitan Alaf 21 bergabung tenaga untuk berkongsi ilmu melalui bengkel Membina Karya.

Program anjuran Layar Minda Publications ini membicarakan teknik dan strategi memasarkan novel. Ia akan diadakan pada Sabtu 29 September ini bertempat di Makers Space, UMXcellerate Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Dengan fee hanya RM150, program secara eksperimental yang mengandungi bengkel, latihan, eksperimen dan perbincangan ini bakal membantu para novelis menggapai impian mereka. Tempat hanya untuk 15 peserta.

Anda yang berminat boleh melayari http://nordenmohamed.com/mk