SANGAT cantik. Lembah yang indah ini bukan sebuah lukisan yang dihasilkan seorang pelukis tetapi ia merupakan lembah yang ada di Iceland.

Lembah ini dinamakan Fjadrargljufur, terletak di kawasan tenggara Iceland berhampiran kampung Kirkjubaejarklaustur.

Ia terbentuk akibat berlakunya hakisan glasier kira-kira 9,000 tahun lalu. Gljufur bermaksud lembah dan Fjadrar adalah sungai yang mengalir di tengah-tengah antara lembah tersebut.

Lembah Fjadrargljufur adalah salah satu lembah yang paling indah di dunia memiliki pemandangan hijau yang terbentang dan juga batu-batu, serta air sungai sangat jernih di antara tebing itu. Ia merupakan lukisan Tuhan yang sempurna.

Lembah Fjadrargljufur. Sumber: Travel Detik.

Lembah Fjadrargljufur sepanjang kira-kira 2.1 kilometer. Bagi pengembara untuk ke sini juga sangat mudah kerana boleh menaiki kereta api dari bandar Reykjavik hanya mengambil masa kira-kira tiga jam perjalanan.

Kebiasaannya, pengembara atau pelancong yang datang akan berjalan kaki mengelilingi laluan sungai sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini.