ARKEOLOGI adalah satu bidang yang dapat memberi bukti saintifik tentang zaman lampau dan sangat penting dalam membentuk identiti serta sejarah masyarakat.

Memetik Oldest.org, tidak semua orang ramai mengetahui kewujudan artifak tertua di dunia ini dan di mana lokasi ditemukan?. Ini lima artifak tertua di dunia.

1. Alat batu Lomekwi

Sebuah alat diperbuat daripada batu ditemui di Lomekwi 3, tapak arkeologi Kenya menjadi artifak tertua di dunia mencecah 3.3juta tahun. Penemuan itu menunjukkan bahawa nenek moyang mempunyai keupayaan mental untuk membuat peralatan.

2. Alat batu Oldowan

Alat batu Oldowan dikatakan ditemui di Gona Ethiopia dipercayai alat batu tertua berusia 2.6 juta tahun lalu. Alat ini mungkin dibuat oleh Australopithecus garhi, spesies hominid ditemui kira-kira 55 kilometer di Selatan Gona, berhampiran tulang binatang yang menunjukkan tanda-tanda penyembelihan menggunakan peralatan tersebut.

3. Alat batu Acheulean

Kapak tangan Acheulean digunakan hampir dalam semua sejarah manusia dan mula dihasilkan oleh Homo Erectus sekitar 1.76 juta tahun lalu yang digunakan sehingga Zaman Batu Tengah (300,000-200,000 tahun lalu). Nama kapak tangan itu bersempena tapak arkeologi St. Acheul di Perancis.

4. Studio membuat cat Gua Blombos

Tapak arkeologi Gua Blombos berada dibawah projek penggalian sejak tahun 1992 dan penemuan terbaharu pada 2008 adalah sebuah bekas studio pembuatan cat wujud berusia sejak 100,000 tahun dahulu. Para penyelidik menemui bekas campuran merah seperti cat yang tersimpan dalam dua cengkerang abalone.

5. Seruling tulang

Seruling tulang ditemui di Gua Geissenkloesterle di Jerman iaitu alat muzik tertua di dunia.

Penyelidik menggunakan teknik 'pentarikhan radiokarbon' untuk menentukan bahawa seruling itu berusia di antara 42,000 hingga 43,000 tahun. Seruling dibuat daripada tulang burung, gading, dari budaya arkeologi Aurignacian dikaitkan dengan manusia terawal di Eropah.