KOTA BHARU – Mohon maaf secara terbuka atau tindakan saman diambil terhadap pihak yang menjatuhkan reputasi Pengerusi PKR Kelantan, Datuk Mohamad Suparadi Md Nor.

Mohamad Suparadi berkata, beliau memberi masa sehingga lusa iaitu Krismas sebelum tindakan susulan diambil.

Menurutnya, perbuatan Naib Ketua PKR Cabang Ketereh, Mohd Sukirman Mustapa sebelum ini, menjejaskan kreadibilitinya selaku pemimpin politik dan ahli perniagaan.

“Saya tak pernah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan, malah saya yakin tidak ada kes.

“Tak kisah jika kita ada perbezaan pendapat dalam politik, tapi jika Sukirman sentuh isu peribadi, timbul tanggapan negatif sedangkan saya menjawat jawatan lain di dalam dan luar negeri,” katanya, ketika sidang media berhubung kemelut yang melanda PKR Kelantan ketika ini.

Sekiranya Mohd Sukirman meneruskan agenda itu beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan saman.