KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bersidang untuk pengurusan kes bagi tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Prosiding berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan menetapkan tarikh dan tempoh perbicaraan bagi kesemua pertuduhan yang akan dijalankan serentak.

Mahkamah juga akan membincangkan permohonan perintah larangan bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan Najib

[ ARTIKEL BERKAITAN: Najib didakwa di mahkamah hari ini ]

Ikuti laporan langsung kami:

8.45 pagi - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi oleh anaknya, Norashman dan Nooryana Najwa tiba di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

9.05 pagi - Peguam Najib, Tan Sri Shafee Abdullah tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

9.20 pagi - Prosiding di hadapan Hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali bermula.

9.22 pagi - Segelintir penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai tanda sokongan.

11.05 pagi - Prosiding ditangguhkan selama 10 minit untuk berehat sebentar sebelum peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyambung hujahannya berkaitan perintah tegahan.

12.30 tengah hari - Prosiding hujahan bagi perintah larangan dipohon Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah belum selesai.

Pihak pendakwaraya diketuai Datuk Mohamad Hanafiah Zakariah membalas hujahan dan akan disambung selepas rehat.

12.56 tengah hari - Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas prosiding ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Solat Jumaat.

2.30 petang - Shafee tiba bagi menyambung semula prosiding permohonan Najib.

Pihak pendakwaan yang diketuai oleh Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria dan 10 Timbalan Pendakwa Raya akan meneruskan hujahan balas pada sesi ini.2.34 petang - Najib tiba semula di mahkamah selepas prosiding ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Solat Jumaat.

2.34 petang - Najib tiba semula di mahkamah selepas prosiding ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Solat Jumaat.