KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai memberi keterangan kepada polis, hari ini.

Najib yang hadir ke Menara KPJ di sini, jam 9:40 pagi untuk siasatan kes Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Menurut Pemantau Kerajaan Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berkata, Najib terus balik tanpa menemui media selepas selesai memberi keterangan.

"Sesudah selesai memberi keterangan tadi, beliau (Najib) terus balik,  beliau parkir diatas (tingkat empat) jadi beliau tidak turun, terus pulang ke rumahnya di Jalan Langgak, Duta, " katanya kepada media di sini, hari ini.

 Susulan itu, Lokman berkata beliau akan ke rumah Najib selepas ini.

"Tadi saya nak jumpa beliau dua kali tak sempat....jadi kita akan ke rumah beliau," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib dipanggil polis lagi...]

Ini adalah kali keempat Najib dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1MDB.

Beliau sebelum ini pernah dipanggil pada 20 September serta 27 dan 30 Ogos lalu berhubung siasatan kes sama.