PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, esok, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui kenyataan medianya berkata, pertuduhan itu berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.

“Pertuduhan tersebut dibuat selepas mendapat keizinan daripada Peguam Negara,” kata kenyataan SPRM itu, hari ini.

Terdahulu, Najib hadir di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, kira-kira jam 5 petang tadi dan dirakam percakapan selama 45 minit bagi membantu siasatan berkaitan SRC International.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib bermalam di lokap SPRM]

Sebelum ini, pada 3 Julai lalu, ditahan di lokap Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, sementara menunggu pertuduhan di mahkamah, keesokan harinya.

Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Najib didakwa tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah keseluruhan RM42 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib didakwa tiga pertuduhan pecah amanah, satu kes rasuah]