KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa buat kali ketiga di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Galeri awam mahkamah pula dipenuhi 20 petugas media tempatan dan antarabangsa bangsa selain ahli keluarga Najib dan pegawai SPRM. Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap 25 pertuduhan termasuk empat pertuduhan rasuah dan 21 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan sejumlah hampir RM2.3 bilion.

Bagi kesalahan rasuah, dakwaan dibuat mengikut Seksyen 24(1) Akta SPRM manakala 21 lagi pertuduhan tersebut adalah mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amlatfa) 2001 dengan cara menerima, menggunakan dan memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram.

Berikut adalah kronologi pendakwaan terhadap Najib hari ini.

Hakim

Azura Alwi

Pasukan pendawaaan

1. Datuk Seri Gopal Sri Ram (ketua)

2. Mohamad Mustaffa P Kunyalam

3. Ahmad Akram Gharib

4. Nadia Mohd Izhar

5. Deepa Nair

6. Aaron Abillash Paul Chelliah

Pasukan pembelaan

1. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

2. Harvinderjit Singh

3. Farhan Shafee

4. Rahmat Hazlan

5. Wan Aizuddin

6. Hamidi Mohd Noh

7. Sarah Abishegam

Pemerhati Bar Council

1. Roger Chan Weng Keng

2. Saha Deva Arunasalam

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tiba di Mahkamah Kuala Lumpur bagi mendengar tuduhan terhadapnya tentang kes penipuan wang dalam akaun RM 2.6 billion. Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

8.50 pagi: Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa keluar dari ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Menara 238 di Jalan Tun Razak di ibu negara untuk dirakam percakapan.

9.20 pagi: Najib diiringin polis dan SPRM kelihatan tiba di ibu pejabat JSJK

1.45 petang: Najib tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

1.50 petang: Beliau dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen 9, bagi menghadapi 21 pertuduhan di hadapan hakim Azura Alwi.

1.55 petang: Pasukan pendakwaan dan pasukan peguam mula mengambil tempat di dalam mahkamah.

Galeri awam mahkamah pula dipenuhi 20 petugas media tempatan dan antarabangsa bangsa selain ahli keluarga Najib dan pegawai SPRM.

Galeri awam mahkamah pula dipenuhi 20 petugas media tempatan dan antarabangsa bangsa selain ahli keluarga Najib dan pegawai SPRM. Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

2.08 petang: Peguam Najib, Muhammad Shafee tiba dan mengetuai barisan pembelaan.

Tan Sri Shafee Abdullah mengetuai pembelaan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak di Mahkamah Kuala Lumpur bagi mendengar tuduhan terhadapnya tentang kes penipuan wang dalam akaun RM 2.6 billion. Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

2.10 petang: Dua wakil dari DOJ turut hadir mengikuti prosiding.

2.15 petang: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki memasuki galeri awam mahkamah.

2.26 petang: Prosiding mahkamah akan dimulakan. Najib dilihat masuk ke kandang tertuduh.

2.29 petang: Hakim mengambil tempat. Prosiding bermula namun mahkamah menyebut satu kes lain terlebih dahulu.

2.30 petang: Kes Najib bermula

2.37 petang: Prosiding ditangguhkan selama 15 minit kerana Muhammad Shafee meminta kertas pertuduhan diberikan kepada pihak peguambela.

2.45 petang: Kekecohan ditimbulkan oleh penyokong Najib yang mempersoalkan tindakan polis tidak memberi kebenaran untuk mereka memasuki pekarangan mahkamah. Anggota FRU bersiap sedia di pintu masuk.

Kekecohan ditimbulkan oleh penyokong Najib yang mempersoalkan tindakan polis tidak memberi kebenaran untuk mereka memasuki pekarangan mahkamah. Anggota FRU bersiap sedia di pintu masuk. Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

2.50 petang: Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir memberi sokongan kepada Najib.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir memberi sokongan kepada Najib. Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

3.00 petang: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Lokman Adam memasuki pekarangan mahkamah.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Lokman Adam memasuki pekarangan mahkamah. Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

3.50 petang: Kesemua pertuduhan selesai dibacakan. Najib mengaku tidak bersalah atas kesemua 21 pertuduhan Amlatfa.

Mahkamah membenarkan kesemua kes dibicarakan bersama dan akan dijalankan di Mahkamah Sesyen 9.

4.13 petang: Pihak pendakwaan membantah jaminan diberikan ke atas Najib. Bagaimanapun sekiranya jaminan dibenarkan pendawaan mencadangkan wang jaminan sebanyak RM5 juta

4.30 petang: Muhammad Shafee merayu jaminan diberikan sebanyak RM1 juta.

4.48 petang: Keadaan semasa di lobi mahkamah. Petugas media mula mengambil tempat bersedia untuk sebarang sidang media.

5.07 petang: Hakim Azura Alwi menetapkan jaminan sebanyak RM3.5juta dengan dua orang penjamin.

Peguam Najib memohon jaminan sebanyak RM3.5 juta yang ditetapkan mahkamah dibayar secara ansuran bermula esok.

Mahkamah membenarkan bayaran itu dibuat dalam tempoh seminggu sebelum 28 September ini.

Najib mengadakan sidang media khas di lobi mahkamah. Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

5.42 petang: Najib mengadakan sidang media khas di lobi mahkamah.