KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah didakwa menggunakan dana kerajaan bagi tujuan lain.

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, sebahagian daripada enam pertuduhan ke atas Najib dan Irwan adalah berkaitan kontrak yang diberikan kepada syarikat luar negara.

"Malah pertuduhan yang keenam juga berhubung dengan penjualan tanah Kementerian Kewangan,” katanya.

Azam bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Kita tunggu perbicaraan.

Peguam telah mengesahkan pertuduhan tiga hingga enam adalah berhubung sejumlah dana yang dibayar kepada firma pelaburan Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (Ipic)," katanya selepas prosiding pendakwaan terhadap Najib dan Irwan di sini hari ini.