SERDANG - Sebanyak 20 kenderaan tersadai di Lebuhraya Besraya dipercayai selepas pemilik kenderaan mengisi bahan api di salah sebuah stesen minyak di lebuh raya tersebut pagi tadi.

Menurut salah seorang mangsa yang enggan dikenali mendakwa enjin keretanya mati secara tiba-tiba selepas melakukan pengisian bahan api dari stesen minyak berkenaan.

Insiden tersebut mendapat respons daripada syarikat pembekal bahan api berkenaan, Petronas Dagangan Berhad yang memandang serius berhubung insiden tersebut dan memohon maaf kepada semua pelanggan terlibat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Petronas Dagangan Berhad sudah menghubungi kesemua pemilik kenderaan yang terjejas untuk tindakan lanjut.

Penilaian awal syarikat pembekal bahan api berkenaan mendapati terdapat ‘product mishandling’ berlaku hanya di stesen Petronas Solaris dan stesen berkenaan ditutup sementara untuk siasatan lanjut.