KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta untuk proses sebutan semula berhubung kes dana SRC International Sdn. Bhd, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Menteri Kewangan itu tiba pukul 8.40 pagi di Kompleks Mahkamah KL dengan menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam yang diiringi beberapa kenderaan serta motosikal polis.

Sebaik tiba di kompleks berkenaan, Najib yang kelihatan tenang turut dikawal ketat dengan diiringi pasukan polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dibawa masuk ke bangunan mahkamah.

Ahli Parlimen Pekan itu dilihat memakai sut lengkap berwarna biru gelap, kemeja biru muda dan bertali leher. – Bernama