KUALA LUMPUR - Penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) diminta untuk bersedia bagi menghadapi kederasan teknologi digital masa kini.

Rektor Aswara, Prof Datuk Ir. Ts. Dr Mohd Rizon Juhari berkata, ia menjadi cabaran utama bagi generasi kini untuk berdepan dengan situasi itu.

Katanya, penuntut Aswara kini perlu keluar dari zon selesa selain meraih dengan lebih banyak kejayaan.

"Jadikanlah teknologi untuk membantu kita melangkah ke hadapan dan bukan sebagai penghalang kepada kejayaan,"katanya.

Beliau berkata demikan ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Gemilang Siswa Aswara 2018 (MAGiS 2018), di sini.

MAGiS 2018 menyaksikan pencalonan dua anugerah utama iaitu Anugerah

MAGiS Pelajar Gemilang dan Anugerah MAGiS 2018 Fakulti Gemilang.

Dalam masa sama, lima anugerah kategori individu iaitu anugerah pemimpin pelajar, anugerah pemimpin asrama, anugerah pelajar paling aktif (persembahan), anugerah pelajar paling aktif (persatuan/kelab) dan anugerah pelajar paling akif (asrama) turut diadakan.

Selain itu, Inspirasi MAGiS 2018 turut diberikan buat juluing kalinya sebagai pengiktirafan kepada kakitangan atau siswazah Aswara yang banyak menempa nama, kejayaan dan sumbangan di persada industri kreatif.