8 tip jadi usahawan siswa cemerlang

1. Kenali kekuatan diri

Sebagai mahasiswa, kalian mempunyai pelbagai kelebihan dalam diri. Gali dan gilap bakat yang ada untuk dikomersialkan.

2. Cabar diri

Jangan cepat rasa selesa dengan apa yang anda ada. Cabar diri untuk melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Salah satunya ialah melakukan perniagaan kecil-kecilan dulu.

3. Kenal pasti kehendak pelanggan

Pelbagai segmen pelanggan yang  ada di universiti. Perlu kenal pasti kehendak dan keperluan pelanggan pada masa kini. Promosi juga perlu sentiasa mantap.

4. Sentiasa mengambil berat tahap kepuasan pelanggan

Kepuasan pelanggan adalah segalanya. Perniagaan anda akan dikenali dan tular kalau pandai jaga hati pelanggan. Kalau boleh bagilah 'free gift' kat pelanggan. 'The more you gift the more you get'.

5. Berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan

Berkongsilah ilmu dan idea dengan kawan-kawan yang berminat untuk berniaga. Dalam perniagaan kita perlu ada 'support group' yang kuat dan mantap.

6. Mencari mentor yang boleh membimbing

Perlu menuntut ilmu secara berterusan dengan menghadiri kursus-kursus intensif. Jangan cepat merasa bosan untuk menimba ilmu perniagaan. Salah satu caranya ialah belajar dengan mentor.

7. Sentiasa berani, kreatif dan inovatif

Sebagai usahawan, perlu ada sikap berani mencuba sesuatu yang baharu. Selain dari itu juga kalian perlulah sentiasa mencari idea-idea yang kreatif dan luar biasa.

8. Sentiasa bersyukur

Sentiasa berdoa dan bersyukur walaupun jualannya sikit. Amalan-amalan rohani perlu dipertingkatkan. Tambahkan amalan sedekah. Insya-ALLAH, berlimpah rezeki.