KUANTAN - Polis berjaya menyelesaikan kes bunuh seorang pekerja ladang warga Bangladesh selepas mayatnya ditemui di dalam parit sebuah ladang kelapa sawit di Bera Selatan 4, Bera, 11 Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Othman Nanyan berkata, pihaknya berjaya menahan empat suspek juga warga Bangladesh berusia 34 hingga 39 tahun termasuk suspek utama, Sabtu lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mayat reput, berulat dalam parit]

Menurutnya, suspek ditahan sekitar kawasan berkenaan dan salah seorang daripada mereka mengaku menetak mangsa menggunakan sabit pengait kelapa sawit.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku berbuat demikian dan puncanya dipercayai akibat dendam kerana  mangsa pernah bergaduh dengannya sebelum ini.

“Difahamkan, suspek, 35 dan mangsa, 28 serta tiga lagi rakan serumah mereka baru bekerja di ladang itu lapan bulan lalu sebelum berlaku perselisihan faham,” katanya.

Ketika ditemui, terdapat 10 kesan tetakan di bahagian kepala mangsa.