ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki bersama dadah seberat 34.62 gram dianggarkan bernilai RM1,950 dalam hasil pemeriksaan dijalankan di tepi jalan Kampung Paya Kelubi, Jalan Jenun, Pendang.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan, Arriz Sham Hamezah berkata, suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJD) Pendang, pada jam 2 petang semalam.

"Hasil pemeriksaan dijalankan ke atas suspek menjumpai satu beg silang yang disandang lelaki berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut ke atas berkenaan, polis menjumpai empat paket plastik lut sinar dan tujuh keratan straw mengandungi serbuk dan ketulan dadah

yang disyaki dadah jenis heroin seberat 33.72 gram (RM1,800) dan satu paket plastik lutsinar berisi dadah yang disyaki syabu seberat 0.90 gram (RM150)," katanya.

Selain itu, katanya, polis turut menemui alat penimbang digital, plastik pembungkus dadah serta wang tunai bernilai RM805.

"Suspek ditangkap bersama motosikal yang ditunggangnya di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

"Siasatan awal polis, mendapati lelaki berusia 41 tahun tidak mempunyai pekerjaan dan memiliki empat rekod kesalahan lampu membabitkan kes dadah," katanya.

Justeru, Arriz Sham suspek yang ditahan reman, akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman mati mandatori," katanya.