KUANTAN - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki berusia 58 tahun mengaku tidak bersalah di mahkamah seysen di sini, hari ini atas dakwaan merogol cucu kandungnya yang berusia 9 tahun, Ogos lalu.

Tertuduh yang berasal dari Bachok, Kelantan itu didakwa merogol cucunya di Kampung Padang Jaya, Jaya Gading di sini, kira-kira jam 9 malam.

Terdahulu, timbalan pendakwa raya, Farahah Mohd Nazari Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun dan sekurang-kurangnya 10 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Hakim Siti Aminah Ghazali yang tidak membenarkan tertuduh itu diikat jamin turut menetapkan 19 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam.