PELAKON kacak, Aiman Hakim Ridza menegaskan hubungan cinta yang terjalin antaranya dan aktres, Zahirah MacWilson bukan dibuat-buat atau gimik mempromosikan projek terbaharu mereka.

Biarpun enggan bercerita lanjut detik perkenalannya dengan anak kepada aktor Zainol MacWilson itu, jejaka berusia 29 tahun itu menyifatkan kejujuran Zahirah telah membuatkan dia jatuh hati.

"Istimewanya dia adalah level kejujuran dia. Tapi kalau cerita lanjut, kita tunggu Zahirah ada bersama.

"Tak seronok kalau saya je yang cakap. Tapi hubungan kami bukan gimik," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Ditanya adakah dia terbuka untuk bekerjasama dalam sesebuah drama mahupun filem, Aiman berkata, dia bersedia andai ada tawaran yang bersesuaian.

"Saya dan Zahirah dah lama saling mengenali dan kami pernah berlakon bersama.

"Bagi saya untuk bekerjasama dengan dia sekali lagi ada sesuatu yang saya nantikan. Lagipun dia pelakon berbakat besar.

"Tidak dinafikan ada tawaran untuk menggandingkan kami, tapi kena tunggu..." katanya.