PENYANYI, Nourul Wahab meluahkan rasa geramnya berhubung individu yang menzalimi kucing.

Menurut penyanyi Seiring Sejalan itu, baru-baru ini dia ada menerima kiriman mesej daripada peminatnya yang mengadu mengenai seorang pengguna di Facebook berbuat demikian.

Lantas Nourul menyuarakan isi hatinya dengan memuat naik video di Instagramnya.

"Saya kalau hal-hal yang berlawanan dengan kehidupan seperti membunuh manusia termasuk haiwan seperti kucing atau yang tak sepatutnya memang akan marah.

"Saya suka dengan orang yang menjaga aurat dan ibadat serta percaya kepada tuhan, tetapi biarlah konsepnya betul, hormat sesama manusia hormat juga kepada makhluk ciptaan tuhan.

"Jaga-jaga... semoga ALLAH beri petunjuk kepada awak, hati awak sangat kejam," luahnya.