SHAH ALAM - Bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bidang penerbitan, Sekolah Menegah Agama (SMA) Bugisiah mengadakan lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf).

Guru ICT Teknologi Maklumat (ICT) Nasihah Md Noor yang mengetuai rombongan tersebut berkata, itu lawatan pertama warga sekolah ke syarikat penerbitan.

“Kebanyakan pelajar kurang pengetahuan berkaitan penulisan jadi sebagai guru ICT di bawah buletin sekolah saya dapat keupayaan pelajar untuk menulis ni sangat terhad jadi saya membawa mereka ke sini untuk beri pendedahan bahawa dunia penulisan ni luas sebenarnya di mana mereka boleh berkarya dan menyampaikan dengan cara yang lebih cantik.

“Setelah melawat Karangkraf saya dapati mereka diberi pendedahan dan mula tahu apa itu Masscom, apa itu penerbitan, siapa itu editor, dan bagaimana sesuatu proses penghasilan karya itu dilakukan,” katanya.

Menurut Nasihah, dengan pendedahan yang diberikan itu minda mereka lebih terbuka di mana sebelum ini mereka tak tahu, tak nak menulis, tak nak ambil gambar, tak nak edit gambar dan tak nak belajar ilmu seperti ini.

Tenyata reaksi pelajar SMA Bugisiah sepanjang lawatan sangat teruja apabila mereka dapat lihat sendiri bagaimana mesin bekerja, budaya kerja seorang wartawan dan seorang penulis.

“Sejujurnya saya juga baru tahu Karangkraf ni besar sebenarnya dan saya selalu nampak dekat novel tu ada tulis Alaf 21 keluaran Karangkraf tapi rupa-rupanya bukan itu sahaja banyak lagi buku serta novel yang diterbitkan.

“Saya sangat seronok bila tengok proses pencetakan untuk menghasilkan majalah, buku dan mesin mencetak akbar depan mata saya sendiri,” katanya.

Beliau beranggapan kerja di Karangkraf ini sikit sahaja tetapi apabila mereka melihat suasana kerja di sini mereka baru tahu bahawa begini rupanya mereka bekerja dan buat kerja.

“Kita ni baca buku dan karya mereka macam tu je, sepatutnya kita kena hargai penulis dan mereka di karangkraf ini yang bersusah payah menghasikannya. Wartawan pula mencari dan menghasikan berita mengenai sesuatu topik yang berlaku dalam dan luar negara," katanya.

Sementara itu, pelajar Tingkatan 3 Tahfiz Nafisah Ahmad Noorzen berkata, sebelum ini dia hanya baca buku Alaf 21 dan tak dapat bayangkan rupa kilang ini dan apabila dapat menjejakkan kaki ke sini dia rasa sangat teruja.

“Masa masuk tu saya nampak kedai buku dan saya macam rambang mata sebab banyak sangat buku sampai tak tahu nak beli buku mana.

“Dalam kilang tu saya tak dapat nak terangkan sebab sangat kagum tak terbayang perkara ini terjadi sebab saya ingatkan Karangkraf bukan sebesar ini," katanya.

[ UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR DI SINI : TAK SANGKA KARANGKRAF BESAR' - REAKSI GURU DAN PELAJAR SMA BUGISIAH KETIKA LAWAT KARANGKRAF ]