Siang malam anak ini mengulang kaji pelajaran.

Kadang-kadang, waktu makan dan masa bermain juga terpaksa dilupakan semata-mata mahu belajar.

Tapi mengapa setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, anak ini gagal mencapai keputusan yang dimahukan si ibu?

Si ibu pula, bukan main marah pada anak..Dibebelnya anak itu hingga si anak sedih lalu berkecil hati seterusnya masuk ke bilik dengan hati yang sayu..

Kenapa si ibu cukup marah? Besar sangatkah kesalahan dilakukan si anak?

Ikuti catatan kisah benar

 

**********

 

“Tengok ni. Ini merah, yang ini pun merah. Subjek yang senang ni pun dapat B je. Along, susah sangat ke nak jawab? Tengok Adik, semuanya A. senang hati ibu. Tengok Along punya keputusan ni, memang buat ibu naik darah. Macam mana nanti kalau orang tanya, Along dapat nombor berapa. Malu ibu nak jawab tau.” Marah benar ibu petang itu.

Along hanya membatukan diri. Diam tidak bersuara. Matanya berkaca. Mulutnya terkunci. Telinganya memerah. Hatinya membengkak tidak terdaya lagi menahan perkataan demi perkataan yang menghentak jiwanya. Tidak semena-mena, dia meluru masuk ke dalam bilik. Tubuhnya dihempas ke atas katil dan terus empangan matanya pecah, mengalirkan butiran-butiran mutiara hangat. Mengalir sederas-derasnya. Lama dia diam. Menyendiri dalam kegelapan.

Sudah berkali-kali ibu panggil untuk makan malam. Tapi Along masih menyendiri di dalam bilik.

Tok! Tok! Tok!

Kedengaran ayah mengetuk pintu bilik berkali-kali.

“Along, buka pintu. Ayah ni,” panggil ayah.

Along tetap membatukan diri, menekup mukanya, beralaskan bantal yang separuh basah dek air mata.

“Sudahlah tu Along. Ibu bukan marahkan Along. Ibu nasihat,” suara ayah sayup-sayup dari luar pintu.

Along tidak sampai hati membiarkan ayah tunggu lama di depan pintu. Tombol dipusing. Ayah menguak daun pintu. Mata Along membengkak kesan menangis.

Ayah menarik kerusi daripada meja belajar Along, menghadapnya yang duduk di birai katil.

“Along, jangan ambil hati sangat cakap-cakap ibu tu. Along kan tahu ibu macam mana. Memang bebelnya lebih, tapi ibu tetap sayang anak-anaknya sama rata,” jelas ayah.

“Tak! Ibu sayang Adik lebih. Along tak macam adik..Ibu bukannya sayangkan anak yang seorang ni!” Along seperti membentak. Hatinya sakit saat tatkala ibunya membanding-bandingkan keputusan ujian awal tahun dengan adiknya.

Along bungkam. Dadanya semakin berombak. Mindanya mula berputar, mengimbas kembali perkara-perkara yang buatkan hatinya sebal dan kecewa.

“Entah-entah, Along ni bukan anak kandung ayah dan ibu!” Tiba-tiba Along bersuara.

“Astaghfirullahalazim. Kenapa Along cakap macam tu?” Kali ini ayah pula yang terdiam, mengurut dada.

 

[ SAMBUNGAN ARTIKEL DI SINI: Ibu, maafkan Along..Along dah usaha untuk beri keputusan yang terbaik tetapi ini yang Along dapat ]