Kadang-kadang, bila mak ayah sibuk, mereka jadi 'kurang rapat' dengan anak-anak.

Mungkin pada pandangan mereka, anak-anak terutama yang sudah meningkat dewasa mampu berdikari sendiri dan boleh melakukan apa sahaja tanpa mengharapkan pertolongan mak ayah.

Tetapi, pernahkah mak ayah terfikir, jika situasi sebegini berterusan, anak-anak akan mula menjauhkan diri dari anda dan tidak mustahil mereka akan mencari rakan sebaya untuk meluah segala rasa.

Perkongsian berkenaan Tip Rapat dengan Anak - Kadang Kita Abaikan daripada Ashikin Hashim ini cukup bermanfaat.

Jom kita hadam

 

**

 

11 Tip Rapat dengan Anak - Kadang kita abaikan.

 

1. Salam dan peluk anak - biasanya dilakukan selepas solat berjemaah atau ketika anak nak pergi sekolah. Boleh juga kita buat setiap kali sebelum tidur.

2. Usap kepala anak - Usap kepala anak tak kira waktu. Waktu berselisih dengan anak di rumah, cepat usap kepalanya. Anak pasti balas dengan senyuman.

3. Ucap terima kasih - Walau kecil bantuan yang diberikan, ucaplah terima kasih.

4. Mohon maaf - Usah ego. Jika kita bersalah, mohon maaf pada anak.

5. Offer bantuan - Selalu offer bantuan pada anak.

Contohnya kita tengok dia susah nak butang baju. “ Wajdi boleh ke tu. Nak ummi tolong?

6. Kongsi makanan - Sedikit atau banyak makanan yang kita ada di rumah atau di luar, dikongsi dan dirasai bersama.

 

[ ARTIKEL BERKAITAN: ABAIKAN ANAK TANPA DISEDARI..INI TIP UNTUK IBU AYAH KEMBALI RAPATKAN HUBUNGAN DENGAN ANAK ]