Sekejap sahaja masa berlalu.

Anak yang dulunya masih kecil, kini sudah menginjak ke tahun 1.

Bagi yang sudah pandai membaca, mungkin tidak akan berdepan dengan sebarang masalah.

Namun, bagi yang masih merangkak-rangkak untuk mengenal ABC, 123..mungkin mak ayah perlu lakukan sesuatu.

Cikgu Matematik, Mohamad Hakim melalui facebooknya ada berkongsi perkara penting untuk diberi perhatian oleh mak ayah di luar sana.

Jom kita tengok

**

Tahun 1 (Matematik)

Jika kalian ada anak yang berada di Tahun 1 bagi sesi 2019, ini adalah sedikit perkongsian untuk anda.

1. Pastikan anak kalian dapat mengenal nombor dari 1 hingga 100 dengan baik.

2. Bantu anak kalian untuk mengeja nombor-nombor tersebut dalam perkataan. Boleh guna teknik nyanyian.

3. Pastikan anak kalian dapat mewakilkan kuantiti dengan nombor yang ada. Mudah kata, anak kalian dapat membilang dengan baik.

4. Membilang 1-1,2-2,5-5,10-10 secara tertib menurun dan menaik. Oh ya, ini juga adalah pengenalan kepada sifir 2, 5 dan 10.

5. Menambah dan menolak hingga 100.

 

[ ARTIKEL BERKAITAN: INI YANG MAK AYAH PERLU TAHU JIKA MEREKA ADA ANAK TAHUN 1 SESI 2019..]