Kebolehan dan kemampuan setiap anak adalah berbeza.

Jika anak anda bijak dalam akademik..mungkin dalam bidang kokurikulum agak terkebelakang.

Begitulah sebaliknya.

Sama juga dengan Majlis Hari Anugerah..

Pelajar yang terpilih, mungkin yang sudah memenuhi kriteria diperlukan sekolah. Yang tak terpilih, jangan bersedih hati..Mungkin rezeki adik-adik di tahun yang lain.

Perkongsian ibu murid tahun 5, Huda Hilmi menerusi akaun facebooknya, pada 23 November lalu cukup bermanfaat.

Diharapkan perkongsian ibu muda ini akan memberi semangat kepada semua parents di luar sana untuk terus bersangka baik dengan anak-anak dan menyedari bahawa setiap anak itu ada kelebihan dan kekurangannya.

Jom kita baca

 

**********

 

Kebelakangan ini banyak yang menulis. Tentang peperiksaan, pengasingan kelas dan macam-macam lagi lah.

Ada juga yang mempertikaikan tentang Majlis Hari Anugerah.

Katanya kasihan kepada murid-murid yang tidak menerima anugerah, perlu cuti dan tak perlu hadir ke sekolah.

Tidak perlu diraikan yang cemerlang, supaya yang cuti tadi tidak bersedih hati.

Saya selalu percaya bahawa setiap insan itu punya kelebihan dan kelemahan tersendiri.

Tidak salah jika diraikan kelebihan itu, supaya dapat juga dijadikan motivasi dan dorongan kepada yang lain.

Semasa saya di sekolah dulu, bahagian akademik saja yang saya tahu. Saya memang tak join sukan.

Bola untuk bola jaring dan bola baling pun nampak sama pada mata saya.

Saya wakil rumah sukan untuk larian pun kerana rumah kami tidak cukup ahli.

Of course rumah kami tak menang, haha.

Tapi saya tidak berkecil hati bila kawan-kawan wakil sekolah diraikan di atas pentas.

Saya tidak juga berkecil hati bila rakan-rakan debat mahupun rakan forum disebut-sebut semasa perhimpunan.

Kita perlu belajar untuk meraikan orang lain.

Tumpang gembira melihat kejayaan orang lain.

Kalaulah Majlis Hari Anugerah itu tidak bagus.

Hapuskanlah juga Hari Sukan Sekolah.

Sebab ..

 

[ SAMBUNGAN ARTIKEL DI SINI: Jangan ada mak ayah berkecil hati bila anak orang lain diraikan pada Majlis Hari Anugerah..]