SUNGAI BULOH - Bagi mengiktiraf murid cemerlang, Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2018 sebelum sesi persekolahan berakhir.

Penyelaras program, Hasliza Che Muhamad berkata, majlis yang menjadi satu bentuk motivasi kepada murid untuk melakar kejayaan dalam bidang akademik ini turut merangkumi graduasi untuk kanak-kanak pra sekolah.

"Program itu melibatkan semua murid cemerlang akademik tahun 1 hingga 6 dan pra sekolah yang menduduki tempat pertama hingga ketiga setiap kelas dengan penglibatan 200 murid, 500 ibu bapa dan 120 guru," katanya.

Program dirasmikan Ahli Majlis Zon 23, Majlis Bandaraya Shah Alam, Mariam Abdul Rashid.

Kata Hasliza, keunikan pada majlis kali ini adalah gaya hiasan pentasnya adalah bertemakan ‘Glam and Gold’ berkonsepkan pentas seperti Anugerah Skrin.

"Kami juga mendapat sumbangan daripada Triple One Resources dan Forziq Sdn Bhd bagi merealisasikan pentas yang hebat ini,” katanya.

 Program yang gilang gemilang itu turut diindahkan lagi dengan persembahan seperti alunan qasidah, kalam al lahni, tarian murid Tahap 1 dan persembahan murid Tahap 2.

Selain itu, program turut menyediakan empat Anugerah Tokoh Murid kepada murid cemerlang yang terbahagi kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan.

“Saya harap program ini dapat memberi inspirasi pada murid dan ibu bapa yang lain untuk terus maju dalam bidang kurikulum serta kokurikulum,” ujarnya.

Penerima Anugerah Tokoh Murid

1. Anugerah Tokoh Murid

- Muhammad Aqeff Haqimi Mat Jailani 6 Bestari

- Alisya Maisarah Zaide 6 Aspirasi

2. Anugerah Tokoh Kokurikulum

- Mohamad Sufian Azim 6 Dedikasi

- Nur Fadhilah Salleh 6 Bestari

3.Anugerah Tokoh Vle Frog

- Muhammad Hafiz Ikram Abdullah 4 Cemerlang

- Eryna Yusra Mohamad Zamry 4 Bestari

4.Anugerah Tokoh Nilam

- Muhammad Irman Danial Heidizani 5 Aspirasi

[ UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR DI SINI : MURID CEMERLANG SK MERBAU SEMPAK DIRAI MACAM ARTIS DENGAN TEMA 'GLAM AND GOLD ]