CHERAS - Bagi meraikan sambutan ulang tahun penubuhan ke-35, Cempaka Schools menganjurkan Laser Run di Sekolah Cempaka Cheras pada 24 November lalu.

Pengarah Komunikasi Cempaka Schools Malaysia Farah Salizah Ahmad Sarji berkata, larian sejauh 350 meter dengan disertai 636 peserta turut bertujuan mencatat rekod dalam Guinness Book of World Records sebagai institusi pertama yang mengumpul penyertaan terbanyak untuk menyertai larian itu.

Ditubuhkan pada tahun 1983, Cempaka Schools merupakan sekolah swasta pertama di Malaysia yang menawarkan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa, pendidikan awal kanak-kanak, sekolah rendah dan menengah.

Selain itu, turut terdapat O level,  Cambridge Board, Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa dan Program A-Level.

Kata Farah Salizah, jumlah jarak ditentukan kerana ia formasi 35 sempena sambutan ulang tahun.

“Laser Run adalah suatu bentuk sukan antarabangsa yang menggabungkan larian dan tembakan laser diiktiraf oleh UIPM (United Internationale Modern Pentathlon Federation) yang berpengkalan di Eropah.

"Larian ini memerlukan semua peserta melepaskan tembakan menggunakan pistol laser terlebih dahulu sebelum memulakan larian," katanya.

Selain larian turut diadakan..

[ SAMBUNGAN ARTIKEL DI SINI: LASER RUN CEMPAKA SCHOOLS DAPAT SAMBUTAN HANGAT SEMPENA SAMBUTAN PENUBUHAN KE-35 ]