SHAH ALAM - Teruja dapat melawat Kumpulan Media Karangkraf (karangkraf), pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah (SM) Sains Kubang Pasu menyeru rakannya turut datang melawat.

Muhammad Akmal Hafiz Asmawi berkata, dia sangat seronok dapat melawat Karangkraf kerana terdapat banyak koleksi buku.

"Saya rasa puas ke sini kerana dapat banyak ilmu mengenai cara nak buat buku dan ilmu mengenai buku.

“Saya harap rakan yang lain berminat untuk datang ke sini sebab banyak manfaat yang akan boleh dapat jika datang ke sini dan saya percaya mereka akan cemburu tengok kami datang sini,” katanya.

Pencapaian Syarikat Kumpulan Media Karangkraf (karangkraf) menjadi tarikan warga pendidik untuk membuat lawatan ke syarikat ini.

SM Sains Kubang Pasu antara sekolah yang telah mengadakan lawatan ke Karangkraf bagi melihat sendiri aktiviti yang dilaksanakan syarikat penerbitan bumiputra terbesar negara dengan penglibatan seramai dua guru dan 33 pelajar pada 8 November lalu.

Guru Bahasa Jerman Faridah Abdul Jabbar berkata, kami pilih Karangkraf untuk beri pendedahan kepada pelajar mengenai proses percetakan dan penerbitan berlaku.

“Kami lihat Karangkraf merupakan syarikat yang sudah 'extablish' di Malaysia jadi ini pilihan yang tepatlah untuk menjadi destinasi rombongan, semoga dengan pendedahan ilmu baharu ini boleh menggalakkan pelajar menceburi bidang ini

"Kami juga mendapat bantuan ibu bapa yang mengenali orang di Karangkraf dan kami gunakan sarana ibu bapa ini untuk bawa anak-anak mereka ke sini bagi menimba pengetahuan,” katanya.

Beliau berharap pelajar dapat input dan membawa balik apa-apa yang terbaik untuk diri mereka supaya menjadi titik tolak memperbaiki penulisan dan minat mereka dalam membuat bahan penulisan yang lebih berkualiti pada masa akan datang.

UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR DI SINI : 'KAWAN MESTI CEMBURU BILA TAHU KAMI KE SINI'